Thursday, July 17, 2008

Pinjaman al-Qard al-Hasan

Al-Qardhu atau Al-Qard menurut pandangan syara’ adalah sesuatu yang dipinjamkan atau hutang diberikan. Menurut istilah para fuqaha, hutang ialah memberi hak milik sesuatu barangan kepada orang lain dengan syarat orang tersebut memulangkan semula gantinya tanpa sebarang tambahan. Dengan lain perkataan, al-Qardhul Hasan adalah merupakan suatu kontrak hutang yang diasaskan atas dasar bantu membantu, sukarela (tabarru’) dan belas kasihan kepada individu yang memerlukan.

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 245 yang bermaksud;

“Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman (al-Qardhu) kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (Hasan) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah) Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan.”

Al-Qardhu (pinjaman) dalam ayat di atas adalah merupakan al-Qard al-Hasan iaitu pinjaman yang baik. Ini bermaksud jika seseorang meminjamkan sesuatu kepada orang lain, pinjaman tersebut mesti dipulangkan kepada tuannya dalam jumlah atau bentuk yang sama dan tidak boleh ada penambahan pada barangan tersebut.

1 comment:

bayah said...

salam saya nak tanya al qard al hasan ini merupakan pinjaman tanpa faedah untuk tujuan kebajikan kan...jadi soalan saya kenapa institusi kewangan islam menghadapi kesukaran dalam melaksanakan la qard al hasan ini,,,saya just nak pendapat raziah..